NILAI: Dua siswazah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) warga Palestin dan 20 sanak saudara mereka adalah antara yang terkorban dalam serangan bom rejim zionis di Gaza, Palestin pada pagi Ahad.
USIM dalam kenyataan pada Isnin berkata Mohammed J. H. Alzaanin yang merupakan calon Doktor Falsafah Pengurusan Sumber Manusia dan isterinya, Kholoud M. H. Elzaneen pelajar Program Sarjana Sains (Mod Penyelidikan), Fakulti Sains dan Teknologi USIM, terkorban dalam serangan bom di perkampungan mereka di Bait Hanon kira-kira pukul 8 pagi.
"Perkara ini disahkan oleh Presiden Kesatuan Umum Pelajar Palestin di Malaysia, Ammar H. M. Mahariq. Turut terkorban adalah empat anak pasangan itu, dan hanya seorang anak mereka dilaporkan terselamat," menurut kenyataan itu.
Pengerusi Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia, Badereddin Seyam dalam kenyataan sama berkata turut terkorban dalam serangan itu adalah 20 sanak saudara pasangan berkenaan.
Mohammed J. H. Alzaanin baharu selesai menjalani sesi viva-voce di USIM pada 5 Julai lepas manakala isterinya dijadualkan menduduki ujian viva-voce pada 23 Oktober ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 09 2023
Mohammed J. H. Alzaanin dan isterinya terkorban dalam serangan bom di perkampungan mereka di Bait Hanon kira-kira pukul 8 pagi. - Gambar X USIM
Sheriff: Raih RM55 juta, cipta fenomena tersendiri!
Filem aksi terhebat karya pengarah, Syafiq Yusof, Sheriff kini sudah meraih kutipan RM55 juta!
Pemergian Mutang: Fadillah, Wan Junaidi akui hilang sahabat baik
Pemergian Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal bukan sahaja satu kehilangan besar kepada negara malah kepada masyarakat Orang Ulu di Sarawak.
Persempadanan semula DUN Sarawak perlu libatkan kawasan bandar dan luar bandar - Abang Jo
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kawasan yang terlibat wajar melibatkan penduduk pelbagai bangsa serta pembahagian kawasan bandar dan luar bandar
PRK Kuala Kubu Baharu: 55.79 peratus keluar mengundi setakat 4 petang
Peratusan keluar mengundi bagi PRK Kuala Kubu Baharu mencatatkan 55.79 peratus setakat 4 petang, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
AWANI Ringkas: Dakwaan palsu | Negara hilang pemimpin reformis
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
UNFF19: Malaysia nyata komitmen kekal 50 peratus liputan kawasan berhutan
Sehingga kini Malaysia mempunyai 54.58 peratus atau 18.05 juta hektar kawasan berhutan dan litupan pokok.
Patuhi adab, etika semasa ziarah di Bukit Uhud
Jemaah haji Malaysia yang menyertai ziarah luar di beberaap lokasi di Madinah sebagaimana diuruskan Lembaga Tabung Haji (TH) dinasihat mengambil ikhtibar daripada aktiviti dijalankan selain mengelak daripada melakukan perkara yang boleh menimbulkan khurafat semasa menziarah
Melaka jadi tuan rumah Malaysia Bike Week Jun depan
Program selama tiga hari bermula 14 Jun sempena Bulan Permotoran Malaysia itu dijangka mempamerkan pelbagai aset terpilih.
Polis siasat kejadian conteng tembok masjid di Kuala Kubu Baharu
Polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada ahli jawatankuasa masjid berkenaan pada 9 pagi tadi.
Kerajaan Negeri Pulau Pinang beri sumbangan kepada Faisal Halim
Pemain sayap sensasi Harimau Malaya dan Selangor FC, Faisal Halim yang cedera disimbah asid menerima sumbangan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Rafah: 14 kanak-kanak antara 19 maut dalam dua rumah dibom Israel
Serangan pertama menyasarkan rumah milik keluarga Joudeh di kawasan Kem Ashdod, membunuh empat orang terdiri daripada suami, isteri dan anak perempuan mereka.
Palestin-Israel: 687 kematian direkod di Gaza, 17 terbunuh di Tebing Barat
Bilangan mangsa yang cedera di Gaza mencecah 3,726 orang dengan 10 peratus daripadanya terdiri daripada kanak-kanak.
Siswazah USIM warga Palestin antara korban keganasan rejim Israel di Gaza
Dua siswazah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) warga Palestin dan 20 sanak saudara mereka adalah antara yang terkorban dalam serangan bom rejim zionis di Gaza, Palestin pada pagi Ahad.
Tiada individu cedera dalam serangan ke atas konvoi China di Pakistan
Kesemua warga China kekal selamat dan tidak cedera dalam serangan itu, menurut kenyataan Konsulat Jeneral China di Karachi.
Stesen kereta api di selatan Thailand jadi sasaran serangan
Rakaman sistem kamera litar tertutup menunjukkan dua lelaki menaiki motosikal melontarkan bom paip ke arah anggota yang sedang bertugas.
Pegawai polis maut, 4 lagi cedera dalam serangan bom di Yala
Seorang pegawai polis maut manakala empat lagi cedera dalam satu serangan bom di Bannang Sata di Yala, Thailand, hari ini.
34 maut, 150 parah dalam serangan bom di masjid
Sekurang-kurangnya 34 orang disahkan maut manakala 150 yang lain cedera parah susulan serangan pengebom bunuh diri di sebuah masjid di bandar Peshawar, Pakistan.
Indonesia bebaskan bekas anggota JI terbabit serangan bom di Bali dengan parol
Bekas anggota Jemaah Islamiyah (JI), Umar Patek, dibebaskan dengan parol selepas menjalani separuh daripada tempoh hukuman penjara di Jawa Timur.
Serangan bom di Pakistan korbankan 6 nyawa termasuk 3 kanak-kanak
Kejadian berlaku di Miranshah, daerah Waziristan Utara, markas Tehreek-e-Taliban Pakistan, sebuah konsortium kumpulan militan di Pakistan.
Serangan bom: Lebih 50 terbunuh menjelang Aidilfitri di Kabul
SERANGAN BOM : LEBIH 50 TERBUNUH MENJELANG AIDILFITRI DI KABUL